Setiap manusia mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan. Menurut Kamus Dewan (2005) , tanggungjawab ialah sesuatu kerja atau tugas yang mesti dilakukan atau kewajiban yang dipikul oleh seseorang. Tanggungjawab merupakan kesedaran manusia terhadap tingkah laku atau perbuatan yang disengaja atau tidak sengaja. Tanggungjawab juda sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana setiap manusia dibebani dengan kewajipan dan menanggung pelbagai peranan. Kewajipan itu harus dipikul kerana manusia tidak boleh mengelak , bahkan akan dipersoalkan dan diminta menjelaskan tentang sesuatu perbuatannya kelak .
Dalam blog kami ini , akan menjelaskan beberapa hal tentang tanggungjawab diri terhadap diri sendiri.
TANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI SENDIRI
Tanggungjawab terhadap diri sendri nerujuk kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan denagn sempurna. Tanggungjawab seseorang kepada dirinya terbahagi kepada dua kategori, iaitu tanggungjawab diri sebagai hamba , tanggungjawab dari aspek lahiriah dan batiniah sebagai seorang hamba . Dari aspek lahirah , seseorang itu perlu berusaha untuk mempertingkat kemampuan dirinya termasuklah daya usaha dan penampilan diri, manakala dari segi batiniah, jiwanya perlu diisi dengan sesuatu yang dapat memberikan ketenangan dan kesejahteraan , contohnya penghayatan kepada agama dan semangat cintakan negara. Peranan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri adalah dngan menjaga hubungan dan Tuhan , maruah dan kesihatan serta menuntut ilmu .JENIS-JENIS TANGGUNGJAWAB
Manusia itu berjuang adalah memenuhi keperluannya sendiri atau untuk keperluan pihak lain. Untuk itu ia menghadapi manusia lain dalam masyarakat atau menghadapi lingkungan alam. Dalam usahanya itu manusia juga menyadari bahawa ada kekuatan lain yang ikut menentukan, iaitu kekuasaan Tuhan . Dengan demikian tanggungjawab itu dapat dibedakan menurut keadaan manusia atau hubungan yang dibuatnya, atas dasar ini , lalu dikenal beberapa jenis tanggungjawab , iaitu ,Ilmu merujuk kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu perkara yang boleh dipertuturkan , menpunyai nilai kebenaran, sentiasa berkembang dan diperoleh melalui kajian. Ilmu amat penting kerana ilmu dapat memberikan petunjuk kepada manusia dalam mengembangkan peradaban dunia . Manusia bertanggungjawab untuk berusaha menuntut ilmu supaya dapat memajukan diri sendiri , seterusnya keluarga , masyarakat dan negara. Seseorang yang berilmu akan dipandang mulia dan dihormati seperti guru , berdisiplin , dapay membezakan perkara yang baik dan buruk , bersikap rasional serta terdorong untuk melakukan sesuatu kebaikan kepada masyarakat . Maka , ilmu menjadi kepentingan dalam hidup manusia dan tanggungjawab kepada diri sendiri .
Sila click in ^^
MEMELIHARA MARUAH DIRI SENDIRI
MEMELIHARA MARUAH (sambil-sambil menonton satu video video tersebut disediakan oleh senior PTSB)
Setiap individu mestilah menjaga maruah diri sendiri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Manusia yang bermaruah ialah manusia yang memiliki jati diri dan kehormatan diri. Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah seseorang akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat , imej diri dan keluarga terpelihara daripada unsur-unsur yang tidak baik serta melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu .
[Antara cara untuk menjaga atau memelihara maruah diri ialah : ]
- Pemakaian yang sopan - Ia bermaksud mamakai pakaian yang sopan dengan menutup aurat serta tidak ketat dan jarang. Selain itu , kita hendaklah memakai pakaian yang kemas dan bersih supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri kita .
- Pergaulan - Menjaga batas-batas pergaulan. Sikap menghormati orang lain amat penting supaya hubungan atau silaturahim dapat dikekalkan. Contohnya, menghormati ibu bapa , jiran tetangga dan orang lain dalam apa-apa jua situasi supaya tidak timbul perselisihan atau salah faham antara satu sama lain .
- Percakapan yang sopan - Bercakap dengan baik dan bersopan santun dalam setiap pertuturan . Selain itu, kita juga hendaklah berlemah lembut dan menggunakan bahasa yang sopan bukan yang kasar apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita.
HUBUNGAN DENGAN TUHAN
Manusia sebagai hamba ciptaan Tuhan , hendaklah memastikan diri sendiri melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan . Tuhan tidak menciptakan manusia kecuali untuk menyembah dan beribadah kepadanya. Pelbagai cara atau jalan bagi setiap manusia agar terus menjaga hubungan dengan Tuhan.
Antara cara untuk menjaga hubungan dengan tuhan adalah seperti yang berikut :
↪Bersyukur - sentiasa bersyukur atas nikmatnya diberikan kepada manusia di muka bumi ini. Bersyukur ertinya rasa terhutang budi dan jasa kepada Tuhan, lantas berterima kasih atas anugerah,rezeki,pemberian erta kurniaan Tuhan. Contohnya, manusia menjaga dan memaanfaatkan alam semesta ini tanpa melakukan kerosakan di atas bumi ini.
↪Bertaubat - sentiasa bertaubat atau mengubah diri menjadi orang yang lebih baik dan sempurna. Manusia yang melakukan kesalahan atau kesilpan hendaklah bertaubat dengan segera atas segala perlakuan dan perbuatan yang telah dilakukannya. Contohnya, seseorang yang bertaubat dan berubah kepada kebaikan sering membantu orang lain, membuat khidmat masyarakat dan meringankaan beban golongan miskin atau yang memerlukan pertolongan.
↪Reda - bersikap reda terhadap musibah, dugaan atau bencana yang berlaku pada diri. Reda bermaksud penerimaan dengan rela, senang hati dan berlapang dada dengan setiap sesuatu yang ditentukan oleh Tuhan. Contohnya,apabila Tuhan menurunkan hujan sehingga mengakibatkan banjir, maka manusia perlu memahami hakikay dan bermuhasabah diri bahawa musibah tersebut kadangkala datangnya atas sebab kerakusan dan sikap manusia sendiri.

↺KEPECAYAAN KEPADA TUHAN↻
KESIHATAN DIRI
Sesungguhnya, setiap individu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri. Kesihatan menjadi faktor utama yang menyumbang kepada pelaksanaan sesuatu aktiviti atau tugasan, di samping memperoleh kehidupan menjadi lebih selesa. Oleh itu, amalan menjadi kebersihan amat dituntut dalam agama dan dipraktikkan dengan sebaik mungkin untuk menjamin kesihatan yang baik.
Cara untuk menjaga kesihatan diri adalah dengan melakukan perkara-perkara yang berikut :
(a) Menjaga kebersihan - kebersihan diri merujuk kebersihan tubuh badan. Setiap individu perlu mendisiplinkan diri untuk menjaga kebersihan demi mendapatkan kesihatan yang baik. Contohnya, seseorang itu perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali setiap sehari supaya badan sentiasa bersih, segar dan tidak berbau serta mengelak daripada sebarang penyakit berjangkit.
(b) Menjaga pemakanan - pemakanan yang seimbang membantu individu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Kita hendaklah mengambil makanan yang seimbang supaya nutrisi yang diperlukan oleh badan mencukupi, seterusnya badan akan sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit.
(c) Rehat - rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan serta memberikan ketenangan kepada tubuh badan dan minda kita. Keprihatinan terhadap masa rehat yang cukup membantu kelancaran proses metabolisme badan. Secara langsung, kita dapat menikmati gaya hidup sihat sekali gus melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment